Jika anda merupakan pengguna TikTok, pasti banyak terjumpa pelbagai resepi mudah yang dikongsikan oleh pengguna lain. Salah satu resepi viral iaitu resepi nasi goreng tanpa nama yang telah dikongsikan semula oleh saudari Har Ryea di laman sosial Facebook.
Menurutnya, resepi tersebut diperoleh dari TikTok yang tidak tahu namanya. Siap add on sotong, rupanya rasa jadi makin sedap! Jom lah cuba, mana tahu kena dengan selera.
Resepi Nasi Goreng Tanpa Nama Dari TikTok
Bahan-bahan:
Cara-caranya:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau.
2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan,
3. Guna minyak tadi, masukkan telur. Bila dah masak sikit, hancurkan telur tu. Ketepikan.
4. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk. Tumis sehingga wangi dan sedikit garing.
5. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit serbuk kunyit.
6. Masukkan sotong yang sudah dikeringkan airnya. Gaul rata semua bahan.
7. Akhir sekali masukkan nasi, kacau rata sehingga ianya berwap. Siap.
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment